SEJARAH PSS

Sekolah Yoke Hua, Air Mawang terletak di luar bandar sejauh 31KM dari Kuala Pilah dan 10 KM dari Tampin. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1959 yang dipelopori oleh En. Tien Kee Yik, Sia Boon Tiong, Then Chin Wen, Yow Pan Seng, Poh Khoy, Chen Leong Chew, Low Chong Poo dan Lai Nam Choon dengan dipersetujui oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Pialh untuk meminjamkan Balai Raya Air Mawang.

Ianya juga telah mendapat pinjaman kerusi meja lama dari Sekolah Cina Johol. Murid-murid hanya seramai 60 orang yang diajar oleh dua orang guru sementara sahaja. Pelajaran mula dijalankan pada sebelah petang sahaja.

Pada masa itu, Lembaga Pengurus Sekolah Persendirian telah ditubuhkan. En. Tien Kee Yik telah dilantik sebagai Pengerusi Perama untuk bertanggungjawab akan segala pelajaran dan pengurusan sekolah.

Pada tahun 1960 Pegawai Daerah Kuala Pialh hendak menggunakan Balai Raya tersebut, Lembaga Pengurus Sekolah terpaksa mencari tempat mendirikan sekolah sendiri. Lembaga sekolah telah mempersetujui untuk mendapatkan derma sebanyak RM4350 dari penduduk-penduduk kampung di sini untuk membeli dua ekar tanah kebun getah yang berhampiran untuk dijadikan tapak sekolah. Pada masa itu, pihak sekolah juga meminta bantuan dari kerajaan. Disebabkan itu sekolah ini telah memohon menjadi sekolah kerajaan. Dengan pertolongan dan dari Pegawai Urusan Cina Kuala Pilah iaitu En. Chan Yut Sum (PJK), En. Goh Chow (PJK) johol serta Pegawai Perhubungan Sekolah En. Lim Kok Choo. Sekolah ini telah mendapat bantuan sebanyak RM15000 untuk membina bangunan sekolah.

Pada bulan Januari 1962 Pejabat Pelajaran Negeri Sembilan telah menghantar seorang guru terlatih berkelulusan DTC iaitu Pn. Chan Choi Cheng ke sekolah ini. Pada masa itu, beliau juga merupakan guru besar SJKC YOKE HUA, AIR MAWANG. Pada masa itu juga sekolah ini telah mendapat bantuan daripada kerajaan. Tetapi proses pengajaran dan pembelajaran masih dijalankan di Balai Raya. Waktu belajar ialah pada waktu petang dan mempunyai 3 kelas sahaja. Jumlah murid pada masa itu ialah 67 orang dan emndapat 2 orang guru berkhidmat. Akhir tahun 1962 sekolah baru telah dibinakan dan mempunyai 3 buah bilik darjah, sebuah padang permainan dan 6 buah bilik air.

Pada masa 1963, segala urusan telah dipindahkan ke bangunan baru. Waktu belajar pada sebelah pagi dan petang. Mempunyai bilangan murid 82 orang murid. Pada tahun 1965, sekolah ini mendapat sebuah bilik tambahan dan jumlah bilik menjadi empat buah bilik darjah. Waktu persekolahan hanya dijalankan pada sebelah pagi.

Pada tahun 1969, kerajaan telah memberi bantuan modal berjumlah RM5000 untuk membina jalan tar dan pagar besi di sekeliling kawasan sekolah.

Pada tahun 1973, sekolah ini telah mendapat bantuan modal oleh Kementerian Pelajaran sebanyak RM7000 untuk membina pejabat guru besar, pejabat guru dan stor.

Pada tahun 1975, sekolah ini mendapat bantuan modal sebanyak RM1000 untuk memasang bekalan elektrik.

Pada tahun 2002, sekolah ini mendapat bantuan modal sebanyak RM10000 untuk meningkat taraf kantin, membina jubin di bilik guru besar, bilik guru, perpustakaan, bilik komputer dan darjah 1.

Pada tahun 2006, sekolah ini mempunyai 5 orang guru, 52 orang murid, seorang pentadbir rendah, 2 orang pekerja am rendah.

Pada tahun 2009, sekolah ini mempunyai 11 guru, 42 orang murid, seorang kerani dan 2 pekerja am.

Pada tahun 2011, Guru Besar Encik Tan Tian Sze telah menaik pangkat dan ditukarkan ke Pedas.

Guru Besar Pn Tong Boon Lin telah menjadi Guru Besar baharu di sekolah ini. Ketika ketibaan Timbalan Perdana Menteri di sekolah ini pada 9 Mac 2012, sekolah ini telah mendapat sumbangan sebanyak RM100,000.

Pn Tong telah banyak memberi sumbangan kepada sekolah ini. Di atas bimbingan beliau, sekolah kita telah mendapat BA'IA pada tahun 2013.

PN Tong Boon Lin telah bersara pada hujung tahun 2014 dan digantikan dengan guru besar baharu iaitu Pn Teo Siew Yoke.
No posts.
No posts.
Template by - Abdul Munir - 2008